awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta 709 bantu pastikan data peribadi selamat, dilindungi

Bernama
Bernama
10/06/2025
11:30 MYT
Akta 709 bantu pastikan data peribadi selamat, dilindungi
Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong ketika merasmikan Majlis AIRFEST 2205: Festival Kecerdasan Buatan dan Robotik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hari ini. - Foto Facebook Wilson Ugak Kumbong
JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai pencerobohan data peribadi kerana ia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Beliau berkata kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan data peribadi rakyat dan meminta orang ramai supaya memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam hal berkenaan.
"Parlimen telah meluluskan Akta 709 bagi memastikan data pengguna terjamin. Selain itu, terdapat pemantauan 24 jam oleh pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi mengawal sebarang cubaan pencerobohan data.
"Kita perlu percaya terhadap sistem keselamatan data negara. Jika tidak, pelabur dari luar akan ragu-ragu untuk melabur di Malaysia. Dengan adanya undang-undang seperti Akta 709, kita perlu yakin bahawa data kita dilindungi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis AIRFEST 2205: Festival Kecerdasan Buatan dan Robotik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hari ini.
Baru-baru ini, agensi media South China Morning Post melaporkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan mewajibkan syarikat telekomunikasi menyerahkan data semua panggilan telefon bimbit yang dibuat dari Januari hingga Mac.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa data yang diminta tidak mengandungi identiti dan sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKta 709
#pencerobohan data peribadi
#Akta Perlindungan Data Peribadi
#Wilson Ugak Kumbong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan