awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/02/2026
03:00 MYT
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
Mohd Rozi berkata, tindakan orang awam menggunakan siren atau lampu kecemasan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah berisiko menyebabkan kemalangan serta boleh dikenakan saman.
KUALA LUMPUR: Penggunaan lampu atau siren kecemasan oleh orang awam bagi meredah kesesakan lalu lintas disifatkan sebagai tindakan yang melangkaui undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Timbalan Pengarah 1 (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin berkata, hanya kenderaan pihak berkuasa serta agensi kecemasan seperti ambulans, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibenarkan menggunakan siren serta lampu kecemasan bagi membuka laluan ketika menjalankan tugas rasmi.
Beliau menegaskan, tindakan orang awam menggunakan siren atau lampu kecemasan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah berisiko menyebabkan kemalangan serta boleh dikenakan saman.
“Selain itu, perbuatan ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya kerana masyarakat mungkin menyangka kenderaan terbabit adalah milik pihak berkuasa, sekali gus berpotensi membawa kepada elemen penyamaran,” katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.
Mohd Rozi berkata, penyamaran sebagai pihak berkuasa merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan boleh diambil tindakan undang-undang.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya penggunaan siren kecemasan oleh orang awam berleluasa, laluan kecemasan tidak lagi dihormati sebagai laluan khusus untuk kenderaan penyelamat.
“Jika semua orang sewenang-wenangnya menggunakan siren atau lampu kecemasan, masyarakat tidak akan dapat membezakan antara orang awam dan pihak berkuasa.
"Ini akan mewujudkan fenomena tidak sihat serta menjejaskan keselamatan awam, terutama ketika musim perayaan apabila kesesakan lalu lintas meningkat,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Rozi memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang ingkar, termasuk mengesan alamat kediaman pemilik kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan dan saman.
Topic Berkaitan
#orang awam
#siren
#lampu kecemasan
#langgar undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan