Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (kanan) diiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra (tengah) berkenan melancarkan penetapan kadar zakat fitrah negeri Perlis bagi tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi, di Kuala Lumpur, pada Selasa. Hadir sama Mohd Nazim Mohd Noor.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Selasa berkenan melancarkan penetapan kadar zakat fitrah negeri Perlis bagi tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Siraj, di sini.
Kadar zakat fitrah bagi tahun ini dikekalkan pada RM9 seorang, sama seperti kadar tahun sebelumnya.
Mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Menurut MAIPs, kadar RM9 itu ditetapkan berdasarkan harga pasaran semasa beras yang menjadi makanan asasi penduduk Perlis, selaras tuntutan syarak yang mewajibkan kadar satu gantang Nabawi bagi setiap individu.
Bagi mereka yang membayar menggunakan beras, kadar zakat ditetapkan 2.6 kilogram seorang, bersamaan satu gantang Nabawi.
Pembayaran zakat boleh dibuat melalui amil-amil bertauliah MAIPs atau secara dalam talian melalui Portal Rasmi MAIPs di www.maips.gov.my dan digital.maips.gov.my.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
