awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Anti Lompat Parti perlu digubal bagi atasi 'pandemik politik' - Akhbar Satar

Isabelle Leong
Isabelle Leong
09/12/2020
02:38 MYT
Akta Anti Lompat Parti perlu digubal bagi atasi 'pandemik politik' - Akhbar Satar
AKHBAR: Berdasarkan Global Corruption Barometer 2020 oleh Transparency International, antara institusi yang dilihat paling terlibat dalam gejala rasuah ialah Ahli Parlimen. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Akta Anti Lompat Parti perlu digubal bagi mengekang amalan lompat parti oleh sesetengah Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sekali gus mampu mengatasi ‘pandemik politik’ negara.
Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata isu lompat parti tidak boleh terus dipinggir kerana selain menjejaskan kestabilan kerajaan, ia juga menandakan wujudnya unsur rasuah.
“Kadang-kala, apabila mereka melompat parti, ia boleh menyebabkan sesebuah kerajaan itu runtuh, ataupun kerana mereka dibayar.
“Berdasarkan Global Corruption Barometer 2020 oleh Transparency International, antara institusi yang dilihat paling terlibat dalam gejala rasuah ialah Ahli Parlimen.
“Jika ahli politik merupakan institusi yang dipandang serong dan tidak mempunyai standard, beginilah keadaan negara kita dan generasi masa depan kita,” kata Akhbar dalam temu bual bersama Buletin AWANI sempena Hari Anti-Rasuah Sedunia hari ini.
BACA: Kerajaan PN perlu ada keazaman politik gubal Akta Anti Lompat Parti
Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau berkata undang-undang mengenai dana politik bagi mengurangkan risiko rasuah dalam kalangan ahli politik yang sudah lama dibincangkan perlu diwujudkan dengan segera.
BACA: Gejala rasuah penjawat awam di Malaysia kini satu pandemik - Akhbar Satar
“Akta Dana Politik ialah satu akta yang begitu baik untuk mencegah ahli politik daripada menyalahgunakan kuasa dari segi politik untuk mendapat pembiayaan wang tanpa kawalan.
“Kami dapati kebanyakan dana yang diberikan mana-mana pihak itu dimasukkan dalam akaun persendirian. Itu amalan yang tidak bagus.
“Ia merupakan amalan yang tidak baik kerana melakukan pecah amanah. Sekiranya ada Akta Dana Politik, ia akan lebih baik,” katanya.
Topic Berkaitan
#Akta Lompat Parti
#ahli Parlimen
#ADUN
#Akhbar Satar
#Global Corruption Barometer 2020
#Rasuah
#politik
#undang-undang
#pandemik
#pandemik politik
#lompat parti
#kestabilan kerajaan
#Hari Anti-Rasuah Sedunia
#dana politik
#akaun persendirian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan