awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Antilompat Parti tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara - PM Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/08/2022
04:32 MYT
Akta Antilompat Parti tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara - PM Ismail Sabri
PM Ismail Sabri berkata, buat masa ini hanya sokongan Ahli Dewan Rakyat parti politik atau gabungan parti politik yang mempunyai implikasi. - Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, atau Akta Antilompat Parti tidak akan terpakai kepada Ahli Dewan Negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai dalam Jawatankuasa Pilihan Khas selepas mengambil kira beberapa pandangan pihak berkepentingan.
Sewaktu membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara, Perdana Menteri berkata, Ahli Dewan Negara dibahagikan kepada dua kategori, iaitu lantikan negeri, dan lantikan Yang di-Pertuan Agong.
“Larangan bertukar parti pada peringkat ini tidak terpakai ke atas Ahli Dewan Negara mengambil kira beberapa aspek penting isu perundangan ini di peringkat negeri, selain memerlukan perundingan dan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Ahli Dewan Negara dan semua pihak yang berkepentingan sewajarnya diperjelaskan menerusi sesi libat urus terlebih dahulu sebelum pindaan berkaitan pindah parti yang melibatkan Ahli Dewan Negara, jadi kita akan bincang dengan ahli Dewan Negara,” katanya lagi.
Selain itu Perdana Menteri berkata, sokongan Ahli Dewan Rakyat mana-mana parti atau gabungan parti, boleh memberi implikasi kepada perubahan kerajaan dan kestabilan politik.
Justeru, Ismail Sabri berkata, adalah wajar sekiranya undang-undang tersebut hanya terpakai ke atas Ahli Dewan Rakyat.
Dalam pada itu Perdana Menteri berharap pindaan tersebut mendapat sokongan dua pertiga Ahli Dewan Negara atau sekurang-kurangnya 40 ahli.
"Besarlah harapan saya agar Rang Undang-Undang ini dapat disokong dan diluluskan sebulat suara oleh Ahli-Ahli Dewan Negara dengan berteraskan semangat Keluarga Malaysia.
“Rang Undang-Undang ini merupakan satu sejarah besar negara kerana ia dihasilkan melalui perundingan dan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak iaitu Kerajaan dan Pembangkang,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Akta Antilompat Parti
#Ahli Dewan Negara
#ismail sabri yaakob
#kestabilan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan