awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti 23 individu dikehendaki ESScom dalam jenayah Sabah dipantau lama

Bernama
Bernama
12/11/2016
06:23 MYT
Aktiviti 23 individu dikehendaki ESScom dalam jenayah Sabah dipantau lama
Menurut Nur Jazlan, aktiviti 23 individu ini telah dipantau sekian lama kerana disyaki mempunyai hubungan dengan penjenayah atau pengganas yang terlibat dalam operasi untuk menawan Lahad Datu beberapa tahun lepas. - Gambar fail
Kementerian Dalam Negeri mengalu-alukan tindakan daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang mengeluarkan senarai 23 lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah rentas sempadan dan keganasan di Sabah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata aktiviti 23 individu ini telah dipantau sekian lama kerana disyaki mempunyai hubungan dengan penjenayah atau pengganas yang terlibat dalam operasi untuk menawan Lahad Datu beberapa tahun lepas.
"Tindakan seperti ini memerlukan kerjasama dengan rakyat supaya menghubungi pihak Esscom atau pihak polis jika mereka bertemu atau sekiranya mengesyaki salah satu daripada 23 individu ini berada di dalam khalayak mereka.
Mereka ini adalah orang-orang yang berbahaya kerana memberi ancaman keselamatan kepada negeri Sabah dan kita sedang mengawasi sesiapa yang mempunyai hubungan dengan mereka ini, jika didapati ada pihak yang terlibat secara lansung dengan mereka kita akan ambil tindakan untuk memberkas mereka," katanya.
ESSCom
Antara orang-orang berbahaya yang dikhuatiri beri ancaman keselamatan kepada negara. - Sumber foto ESSCom
ESSOm
Antara individu-individu yang dikehendaki oleh pihak ESSCom. - Sumber foto ESSCom
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Johor Future Run di Plaza Angsana, di sini hari ini.
BACA: Jenayah rentas sempadan: ESSCom keluarkan senarai 23 individu dikehendaki
Menurutnya lagi, kebanyakan daripada penjenayah rentas sempadan ini juga mempunyai akar umbi mereka di negeri Sabah menerusi pertalian kekeluargaan, dan rakan-rakan mereka yang telah berpindah ke negeri Sabah.
Bagaimanapun katanya, pihak berkuasa telah mengenal pasti hubungan-hubungan yang sedia ada ini dan akan sentiasa memantau keadaan.
Dalam pada itu, Nur Jazlan juga memaklumkan bahawa kes penyaluran dana Open Society Foundation (OSF) yang dipelopori oleh George Soros kepada beberapa organisasi tempatan termasuk Majlis Peguam, telah dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 10 tahun lepas.
"OSF ini memang telah menjalankan aktiviti ini lebih daripada 10 tahun dan kerajaan memang telah memantau kegiatan mereka selama ini tetapi kita belum mendapat apa-apa bukti kukuh yang mengatakan bahawa NGO di negara kita menjalankan aktiviti mengancam ketenteraman negara dengan saluran dana secara langsung dari OSF. Perkara ini masih dalam siasatan," katanya.
Menurutnya, modus operandi yang digunakan oleh NGO antarabangsa seperti ini adalah untuk menyalurkan dana kepada penganjuran aktiviti yang bersifat sosial.
"Secara zahirnya, mereka kononnya mahu melaksanakan aktiviti sosial dan memperjuangkan kesejahteraan alam sekitar tetapi jika kita dapati mereka berselindung di sebalik kegiatan ini kita akan ambil tindakan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
#KDN
#Nur Jazlan Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan