awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti dakwah jalanan MRM boleh diteruskan selagi patuhi undang-undang

Bernama
Bernama
23/02/2026
15:53 MYT
 Aktiviti dakwah jalanan MRM boleh diteruskan selagi patuhi undang-undang
Azman berkata, kepatuhan kepada peraturan sedia ada akan memastikan semua pihak dapat bergerak ke hadapan secara profesional dan berhemah. - Gambar Facebook
Aktiviti dakwah jalanan Multiracial Reverted Muslims (MRM) boleh diteruskan selagi mematuhi undang-undang serta garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, kepatuhan kepada peraturan sedia ada akan memastikan semua pihak dapat bergerak ke hadapan secara profesional dan berhemah.
"Saya menghargai usaha yang dijalankan dan menyokong pelaksanaannya dalam ruang yang dibenarkan oleh undang-undang," katanya dalam hantaran di Facebook beliau.
Terdahulu, beliau menerima kunjungan daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dan Pengerusi MRM, Muhammad Azim Abdullah Suhaimin.
Beliau berkata, kunjungan itu susulan isu melibatkan reruai Street Dakwah MRM yang telah diambil tindakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.
"Dalam sesi tersebut, perbincangan tertumpu kepada usaha memperjelas dan mempermudah urusan penganjuran aktiviti Street Dakwah MRM agar selaras dengan garis panduan serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, khususnya DBKL," kata Azman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRM
#dakwah
#pbt
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan