awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti industri dan kuari di Nilai mungkin punca jerebu di Seremban - MB

Bernama
Bernama
12/04/2023
09:05 MYT
Aktiviti industri dan kuari di Nilai mungkin punca jerebu di Seremban - MB
Aminuddin berkata, pihaknya telah meminta JAS melihat dan melakukan operasi di kawasan tersebut supaya keadaan jerebu dapat dikawal dengan baik. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Keadaan jerebu di sekitar Seremban ketika ini kemungkinan berpunca daripada kerja-kerja perindustrian dan kuari di Nilai, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya telah meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) melihat dan melakukan operasi di kawasan tersebut supaya keadaan jerebu dapat dikawal dengan baik.
"Saya telah arahkan kepada JAS pada dua minggu lepas supaya beri perhatian perkara ini agar ia tidak menyumbang ke arah Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin teruk...memang ada beberapa tempat berhabuk dan kering.
"...dari lebuh raya juga kita boleh nampak ada habuk dan debu, saya juga menyeru penduduk di negeri ini tidak melakukan pembakaran terbuka berhampiran rumah atau kebun dalam waktu ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Seremban iaitu 118 susulan jerebu pada 10 pagi tadi.
Menurut laporan itu, daerah lain yang mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana namun menghampiri tahap tidak sihat ialah Cheras (90), Banting (90,) Tanah Merah (91), dan Nilai (96).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#jerebu
#bacaan ipu
#pembakaran terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan