awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti sembelihan, ibadah korban dibenarkan di Wilayah Persekutuan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/06/2020
08:07 MYT
Aktiviti sembelihan, ibadah korban dibenarkan di Wilayah Persekutuan
Ujar Ismail Sabri, pihak penganjur hendaklah memastikan bilangan korban bersesuaian dengan keupayaan bilangan petugas yang dilantik. - Gambar fail
Pelaksanaan ibadah korban di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan pada Hari Raya Aidiladha yang disambut umat Islam di negara ini pada 31 Julai ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban yang boleh dijadikan rujukan bagi pelaksanaan negeri-negeri lain.
Jelas beliau, kebenaran aktiviti penyembelihan binatang korban turut dibenarkan dilakukan di 28 rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta 31 rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan oleh DVS.
Ismail Sabri menambah penganjur juga perlu melaporkan aktiviti ibadah korban kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat.
“Proses melapah dan proses keratan pembahagian daging korban hendaklah dibuat ditempat yang sesuai dan lapang dan elakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat).
“Kapasiti kehadiran petugas pula dihadkan tidak melebihi 30 orang bagi menguruskan seekor lembu,” katanya beliau dalam sidang media harian di sini pada Rabu.
Ujar beliau, pihak penganjur juga hendaklah memastikan bilangan korban bersesuaian dengan keupayaan bilangan petugas yang dilantik.
Selain itu, proses sembelihan digalakkan menggunakan peralatan dan sistem moden dalam sembelihan seperti “sangkar sembelihan”, katanya.
Berikut SOP yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan penularan COVID-19:
- Kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.
- Petugas yang dipilih hendaklah sihat, tidak bergejala dan bukan dalam kalangan pengidap penyakit kronik dan bukan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
- Petugas perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
- Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup muka dan sarung tangan.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#COVID-19
#hari raya
#Ibadah Korban
#JAKIM
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#penyembelihan
#rumah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan