awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alibaba perkenal model Qwen3.5, pacu era 'AI Agen'

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2026
09:43 MYT
Alibaba perkenal model Qwen3.5, pacu era 'AI Agen'
Qwen3.5 berupaya mengendalikan beban kerja besar lapan kali lebih cekap, sekali gus mengatasi beberapa model pesaing dari AS dalam ujian penanda aras tertentu.
Gergasi teknologi China, Alibaba Group Holding Ltd (Alibaba), melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, Qwen3.5, yang direka khusus untuk mengendalikan tugasan kompleks secara autonomi dalam mendepani era "AI agen".
Menurut laporan Reuters, model berkenaan menawarkan peningkatan prestasi signifikan dengan kos penggunaan 60 peratus lebih rendah berbanding versi terdahulu.
Alibaba dalam satu kenyataan berkata Qwen3.5 berupaya mengendalikan beban kerja besar lapan kali lebih cekap, sekali gus mengatasi beberapa model pesaing dari Amerika Syarikat (AS) dalam ujian penanda aras tertentu.
"Model ini turut dilengkapi keupayaan 'visual agentic' yang membolehkannya melaksanakan tindakan secara bebas merentasi aplikasi mudah alih dan desktop, termasuk kebolehan membaca paparan kandungan bagi mengurangkan kebergantungan kepada campur tangan manusia," kata syarikat itu.
Pelancaran Qwen3.5 dilihat sebagai langkah strategik Alibaba bagi mengukuhkan kedudukan chatbot Qwen dalam pasaran domestik China yang semakin kompetitif, bersaing rapat dengan aplikasi Doubao milik ByteDance serta firma AI terkemuka, DeepSeek.
Ujian penanda aras menunjukkan Qwen3.5 mengatasi model terdahulu dan model utama dunia seperti GPT-5.2, Claude Opus 4.5, serta Gemini 3 Pro.
Penggunaan aktif Qwen dilaporkan meningkat tujuh kali ganda berikutan kempen baucar promosi awal bulan ini.
Topic Berkaitan
#Alibaba
#Qwen3.5
#AI agen
#model data raya
#DeepSeek
#Doubao
#kecerdasan buatan China
#GPT‑5.2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan