awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

Bernama
Bernama
09/04/2024
01:45 MYT
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal setakat 8 pagi Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal setakat 8 pagi Selasa.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik lancar di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur).
"Bagaimanapun kita menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) juga dilaporkan lancar.
Dalam pada itu akaun rasmi Twitter PLUS Trafik memaklumkan pengaktifan Smartlane di beberapa lokasi bagi melancarkan aliran trafik.
Pengaktifan itu antaranya melibatkan Kilometer (KM) 4.5 hingga KM1.9 arah selatan antara Setia Tropika ke Pasir Gudang, KM0.4 hingga KM6 arah Utara antara Pandan ke Kempas dan di kedua-dua arah melibatkan KM19 hingga KM27 antara Senai dan Kulai. - Bernama
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#lebuh raya
#tol percuma
#Hari Raya Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan