awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama petang ini

Bernama
Bernama
20/03/2026
09:57 MYT
Aliran trafik lancar di semua lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar petang ini selepas sebahagian besar warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal sempena cuti Aidilfitri. - BERNAMA
Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar petang ini selepas sebahagian besar warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal sempena cuti Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata tinjauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aliran trafik di arah utara, selatan dan Pantai Timur dalam keadaan terkawal.
“Hanya terdapat sedikit kepadatan kenderaan dikesan di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menghala ke arah Bandar Ainsdale, namun ia tidak menjejaskan kelancaran trafik secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata LLM menjangkakan baki kenderaan yang masih berada di jalan raya adalah terdiri daripada kumpulan pengguna yang memilih untuk memulakan perjalanan pada saat-saat akhir menjelang sambutan 1 Syawal esok.
Sehubungan dengan itu, pemandu diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan memandu melebihi had laju bagi mengelakkan risiko kemalangan dan mematuhi undang-undang jalan raya.
Pengguna turut dinasihatkan supaya mendapatkan rehat secukupnya di kawasan rehat yang disediakan sekiranya berasa penat serta memastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi bagi melancarkan urusan di plaza tol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#lebuh raya
#trafik
#lancar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan