awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan mulai sibuk

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2015
07:45 MYT
Aliran trafik Lebuhraya Utara-Selatan mulai sibuk
Aliran trafik di lebuh raya utama di sekitar tanahair mulai sesak pada hari kemuncak. - Gambar Fail
Sudah masuk Raya Aidilfitri kelima dan aliran trafik di lebuh raya utama di sekitar tanahair sudah mulai sesak.
Kadar trafik di kebanyakan lebuh raya utama negara dijangkakan dilihat sebagai hari kemuncak, berikutan sekolah mula dibuka pada hari Rabu.
Berikut adalah antara maklumat yang diterima menerusi akaun Twitter Astro Traffic (@astrotraffic), PLUS Berhad (@plustrafik), portal CCTV lebuh raya www.jalanow.com, aplikasi Waze dan laporan terkini daripada wartawan lokasi Astro AWANI.
Jika anda sedang dalam perjalanan pulang ke ibu kota, kongsi laporan trafik sekitar anda bersama kami di akaun rasmi Astro AWANI, Twitter @501awani dan Facebook www.facebook.com/astroawani.
0911hrs Kemalangan di Km 108.4 arah selatan dari Pagoh ke Yong Peng. Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan di lokasi. Pandu cermat.
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 21, 2015
0901hrs Trafik mulai sibuk dari Ckt Jering ke Taiping, Sungkai - Slim River seterusnya ke Tg Malim. Pandu cermat.
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 21, 2015
0834hrs Kemalangan di KM 406.9 arah selatan dari Tg Malim ke Lembah Beringin. Tiada lorong terhalang. Trafik lancar. Pandu cermat.
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 21, 2015
0825hrs Maklumat awal kemalangan di KM 285 arah utara dari Nilai ke Putra Mahkota. Lorong kanan terhalang. Pandu cermat.
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 21, 2015
0801hrs Kemalangan di KM 242.1 arah selatan dari Senawang menghala ke Pedas Linggi. Tiada lorong terhalang. Trafik lancar. Pandu cermat.
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 21, 2015
0740hrs Aliran trafik sibuk di jambatan Pulau Pinang dari Perai menuju Pulau. hati hati memandu
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 20, 2015
Kelihatan lebuh raya mula sesak berikutan beberapa kemalangan dilihat menganggu aliran trafik serta menghalang lorong.
Keadaan trafik di seluruh lebuhraya utama di Malaysia setakat jam 9 pagi Isnin. Trafik dilihat berjalan lancar
0816hrs Trafik lancar sepanjang lebuhraya PLUS,ELITE, LINKEDUA,BKE, SPDH, dan Jambatan Pulau Pinang.Semoga anda selamat sampai ke destinasi
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 20, 2015
0719hrs Trafik lancar sepanjang lebuhraya PLUS,ELITE, LINKEDUA,BKE, SPDH, dan Jambatan Pulau Pinang.Semoga anda selamat sampai ke destinasi
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 19, 2015
0630hrs Kemalangan di Km 403.9 arah utara dari Lembah Beringin ke Tg. Malim. Tiada lorong terhalang. Trafik lancar. Pandu cermat.
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 19, 2015
Dilaporkan terdapat kemalangan di km 403.9 (arah utara) pada jam 0630 pagi. Namun tiada lorong terhalang dan trafik masih lancar.
0855hrs Maklumat awal kemalangan km 217.9 arah selatan dari Pedas Linggi menuju ke Spg.Ampat.Trafik perlahan dilokasi.
— plusline1800880000 (@plustrafik) July 20, 2015
PLUS melaporkan kemalangan pada km 217.9 arah selatan yang menyebabkan beransur trafik perlahan.
Sementara itu, pengguna media sosial masih mengongsikan gambar-gambar pemandu tidak berhemah yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya sejak semalam.
Berikut merupakan rangkuman kiriman dari semalam sehingga jam 9 pagi Isnin.
Kesalahan Lebuhraya
Kesalahan Lebuhraya
Pengguna Facebook, Nazrul Shafiq mengirimkan 15 keping gambar yang memaparkan para pemandu yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan lorong kecemasan.
Kesalahan Lebuhraya 2
Kesalahan Lebuhraya 2
Dua keping gambar kiriman Murshid Abdul Majid memaparkan dua kenderaan didapati menggunakan lorong kecemasan ketika keadaan trafik sesak.
Kesalahan Lebuhraya 3
Kesalahan Lebuhraya 3
Mohd Faris Hakimi menghantar lapan keping gambar namun dia tidak menyatakan masa dan lokasi gambar-gambar itu ditangkap.
Kesalahan Lebuhraya 4
Kesalahan Lebuhraya 4
Keadaan yang sama berlaku di lebuhraya Raub – Bentong pada 19 Julai 2015. Kamal Iza menghantar beberapa keping gambar yang memperlihatkan segelintir pemandu menggunakan lorong kecemasan.
Kesalahan Lebuhraya 5
Kesalahan Lebuhraya 5
Walaupun telah diberi amaran dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak berkuasa, masih ramai pemandu yang tidak mengendahkannya berdasarkan kiriman gambar dari pengguna, Seha Haris. Gambar ditangkap di Lebuhraya PLUS arah utara, Gopeng, Perak dan Jawi, Pulau Pinang.
kesalahan
kesalahan
Lebih mendukacitakan, apabila ada pemandu bas ekspres turut mengambil jalan mudah dengan menggunakan lorong kecemasan. Insiden berlaku di lebuhraya menghala ke Teluk Intan, Perak berdasarkan kiriman gambar dari Azwan Maasom.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Lebuh Raya Utara Selatan
#lebuhraya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan