awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allahyarhamah Siti Nur Ismawida seorang pejuang belia - MBM

Rahimah Abdullah, Harits Asyraf Hasnan
Rahimah Abdullah, Harits Asyraf Hasnan
29/07/2018
10:22 MYT
Allahyarhamah Siti Nur Ismawida seorang pejuang belia - MBM
Siti Nur Ismawida, 30 tahun, antara 10 yang terkorban dalam kejadian gempa di Lombok, Indonesia pagoi tadi. - Facebook/Siti Nur Ies'mawida Ismail
Kematian rakyat Malaysia, Siti Nur Ismawida Ismail, 30 tahun, dalam kejadian gempa di Lombok, Indonesia, disifatkan satu kehilangan besar kepada golongan belia di negara ini.
Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Mohamad Rizan Hassan berkata, Siti Nur Ismawida yang juga merupakan Sukarelawan Belia Berkemahiran MBM, banyak membantu belia yang tercicir daripada pelajaran.
Berita kematian sukarelawan itu juga amat mendukacitakan seluruh warga belia berkemahiran di Malaysia.
BACA: Gempa Lombok: Allahyarham Siti Nur dihempap tembok runtuh - Rakan
"Saya menyifatkan belia berkemahiran kehilangan seorang pejuang yang mempunyai hati yang cukup ikhlas dalam membantu memberikan peluang kedua kepada golongan muda yang tercicir akademik dan berisiko.
"Kehilangan besar ini sesuatu yang akan ditangisi dan diratapi oleh mereka yang telah di bantu oleh beliau untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bermakna dengan mendorong kumpulan sasar tersebut memilih bidang teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan kedua untuk berjaya," katanya melalui statusnya di laman sosial Facebook.
Katanya, Siti Nur Ismawida juga adalah seorang kakitangan yang berdedikasi di Miraj Academy, Ampang.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Siti Nur Ismawida merupakan ahli PKR yang menetap di Desa Pandan.
"Mangsa menetap di Desa Pandan yang juga ahli PKR. Saya sudah arah pegawai untuk menziarah mangsa dan keluarga.
"Saya ucapkan takziah dan semoga ahli keluarga redha akan kehilangan ini," ujar beliau selepas Majlis Minum Petang bersama rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Shah Alam hari ini.
Topic Berkaitan
#gempa bumi Lombok
#majlis belia malaysia
#PKR
#Siti Nur Ismawida
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan