awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Almari diguna GRO dan pelanggan sebagai 'laluan tikus'

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2014
02:13 MYT
Almari diguna GRO dan pelanggan sebagai 'laluan tikus'
Pusat terbabit juga dipercayai membenarkan penjualan dadah jenis ketamin di dalam premis mereka - Foto Astro AWANI
Sebuah pusat karaoke di Bandar Sungai Long, Kajang bertindak mengaburi pihak berkuasa dengan menggunakan sebuah almari sebagai' laluan tikus' untuk GRO dan pelanggan mereka meloloskan diri ketika diserbu malam tadi.
Pusat itu juga disyaki menggunakan pegawai perkhidmatan pelanggan, GRO warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk menjalankan kegiatan sumbang mereka.
Malah pusat terbabit juga dipercayai membenarkan penjualan dadah jenis ketamin di dalam premis mereka.
Bagaimanapun kegiatan mereka terbongkar apabila 19 GRO warga Vietnam diberkas dalam operasi ‘Ops Noda’ itu.
Dalam operasi yang dijalankan oleh bahagian maksiat D7, IPK Selangor itu 50 pelanggan turut diperiksa.
Ketika serbuan, lebih 30 pengunjung dan GRO dipercayai sempat meloloskan diri melalui laluan tikus terbabit. Beberapa pembalut dadah dipercayai ketamin turut ditemui bersepah di lantai.
2 lelaki dan seorang wanita tempatan disyaki pekerja pusat terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan.
Kesemua yang ditangkap dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#D7
#GRO
#IPD
#Kajang
#karaoke
#PDRM
#pelacuran
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan