awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Sultan Abdullah gering, kini dalam pemantauan doktor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/06/2022
04:52 MYT
Al-Sultan Abdullah gering, kini dalam pemantauan doktor
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda kini sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
"Walau bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Sehubungan itu, Ahmad Fadil berkata, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan juga semua program terdekat yang melibatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah ditangguhkan ke tarikh-tarikh tertentu yang akan diumumkan kelak.
"Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.
"Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#gering
#Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan