awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Sultan Abdullah zahir ucapan Selamat Menyambut Hari Tentera Laut ke-89

Bernama
Bernama
27/04/2023
04:12 MYT
Al-Sultan Abdullah zahir ucapan Selamat Menyambut Hari Tentera Laut ke-89
Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi ATM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga TLDM. -Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89 kepada seluruh warga angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama pasukan itu.
Menurut Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga TLDM tanpa mengira masa dan penat lelah dalam melindungi kedaulatan serta memelihara keselamatan perairan negara.
"Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota tentera laut yang telah terkorban semasa bertugas.
"Yang di-Pertuan Agong turut mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin," menurut catatan itu.
Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#TLDM
#Hari Tentera Laut ke-89
#terkorban semasa bertugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan