awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amang seksual: Ibu bakal didakwa bulan ini

Bernama
Bernama
13/05/2023
14:17 MYT
Amang seksual: Ibu bakal didakwa bulan ini
Ramli berkata siasatan terhadap suspek berusia 33 tahun itu telah dilengkapkan dan pihaknya mendapat arahan untuk menuduh wanita berkenaan. - Gambar PDRM
KUALA SELANGOR: Wanita yang ditahan susulan dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia 14 tahun akan didakwa bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata siasatan terhadap suspek berusia 33 tahun itu telah dilengkapkan dan pihaknya mendapat arahan untuk menuduh wanita berkenaan.
"Kita akan mengambil tindakan pendakwaan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas tamat reman suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Bukit Melawati di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita direman lima hari bermula 3 Mei bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.
Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Kuala Selangor, pada 2 Mei lepas selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.
Reman wanita tersebut disambung selama tiga hari hingga 10 Mei sebelum suspek diserahkan ke IPD Sungai Buloh untuk siasatan kes yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual
#jkm
#Parlimen
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan