awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Dua calon SPM antara 37 ditahan AADK di ICQS Bukit Kayu Hitam
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak

Bernama
Bernama
29/01/2025
03:40 MYT
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak
Amaran hujan tahap buruk turut dikeluarkan di Sabah hingga Jumaat ini membabitkan Ranau, Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis).
Amaran hujan tahap buruk bagi tempoh sama dikeluarkan bagi kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran hujan tahap buruk turut dikeluarkan di Sabah hingga Jumaat ini membabitkan Ranau, Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Jabatan itu juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah iaitu pedalaman Keningau dan Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran, Tawau (Lahad Datu) serta Sandakan (Tongod).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran hujan
#MetMalaysia
#Sarawak
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan