awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran rebut petir dan hujan lebat di Sarawak

Bernama
Bernama
09/01/2013
07:40 MYT
Amaran rebut petir dan hujan lebat di Sarawak
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak bermula esok hingga Sabtu ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah, kata Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini.
Daerah yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dengan kelajuan angin timur laut dari 60 km/j dan ombak melebihi 4.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan.
Amaran kategori kedua iaitu angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter pula dikeluarkan untuk kawasan perairan Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Reef South.
Angin kencang dan laut bergelora itu dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Jan dan keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai serta perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan kelajuan angin 40-50 km/j dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku sehingga 13 Jan di perairan Sarawak (Kuching), Sabah (Sandakan), Bunguran dan Sulu.
Kawasan pantai di Sarawak (Kuching) turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut, dan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Jan.
Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Jabatan Metereologi
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan