awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran suhu ekstrem berita palsu - APM

Bernama
Bernama
02/05/2025
13:10 MYT
Amaran suhu ekstrem berita palsu - APM
Rujuk sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai keadaan dan amaran cuaca. - Bernama
KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan ada mengeluarkan amaran mengenai ramalan suhu ekstrem yang bakal melanda negara seperti tular menerusi aplikasi WhatsApp.
APM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa amaran itu yang menyatakan suhu akan meningkat antara 45 hingga 55 darjah Celsius adalah tidak benar.
"APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini yang boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, APM menasihati masyarakat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya.
Orang ramai juga diminta merujuk sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai keadaan dan amaran cuaca.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran
#berita palsu
#cuaca ekstrem
#APM
#angkatan pertahanan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan