awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2023
05:24 MYT
Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka
Amirudin berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin. -Facebook Amirudin Shari
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menganjurkan Program Panggilan Intifada: Doa Untuk Palestin sebagai sebahagian acara kemuncak menyambut kedatangan tahun baharu 2024.
Hampir 500 peserta menyertai acara berkenaan yang berlangsung di Dataran Karnival pekarangan Stadium Shah Alam bermula jam 6.30 petang Sabtu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin.
Menurutnya, kerajaan negeri menyatakan kesediaan untuk menyalurkan bantuan buat penduduk di Palestin bersama-sama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi lain.
"Insya-ALLAH, Palestin akan merdeka dan rakyatnya akan bebas tidak lama lagi.
"Semoga ALLAH mengangkat doa kita semua agar saudara kita di Gaza dan Tebing Barat mendapat keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh setiap detik yang sukar pada waktu ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Menerusi hantaran sama, beliau turut mengulangi desakan supaya gencatan senjata segera dilaksanakan supaya bantuan kemanusiaan dapat diagihkan secara besar-besaran dan pembunuhan rakyat Palestin dapat dihentikan.
Sebelum ini, dunia mengutuk serangan Israel ke atas Palestin yang telah mengorbankan ribuan nyawa tidak berdosa selain kemusnahan harta benda.
Pelbagai gerakan dilancar mendesak peperangan tersebut hentikan.
Terbaharu, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan mendakwa rejim Zionis itu melakukan genosid atau pembunuhan beramai-ramai di Gaza. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kerajaan Selangor
#Program Panggilan Intifada Doa Untuk Palestin
#tahun baharu 2024
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan