awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan damai: AS, Iran gagal capai persetujuan - Vance
Tiga pemain terbaik dunia tewas dalam 4 hari, gergasi baru badminton gegar China
Op Lapangan Terbang: Penunggang Yamaha 135LC kena 13 saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat luluskan penjualan lebih 20,000 bom kepada Israel

Agensi
Agensi
07/03/2026
22:55 MYT
Amerika Syarikat luluskan penjualan lebih 20,000 bom kepada Israel
Rubio telah menentukan bahawa wujud keadaan darurat, membolehkan pentadbiran itu mengetepikan proses semakan kongres yang lazimnya diperlukan. - Gambar Reuters
Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengetepikan semakan kongres untuk meluluskan penjualan lebih daripada 20,000 bom kepada Israel bernilai kira‑kira AS$650 juta, menurut pegawai Amerika Syarikat (AS).
Jabatan Negara berkata, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio telah menentukan bahawa wujud keadaan darurat, membolehkan pentadbiran itu mengetepikan proses semakan kongres yang lazimnya diperlukan.
Pegawai itu turut memaklumkan, Israel juga akan membeli tambahan munisi bernilai AS$298 juta melalui jualan komersial langsung.
Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterbitkan pada Disember 2024 menyatakan bahawa munisi berat seumpama itu berkemungkinan telah digunakan oleh Israel di kawasan padat penduduk di Gaza semasa perang dengan Hamas. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika jual bom
#Israel beli bom AS
#Donald Trump
#Amerika serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan