awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Daim akan beri keterangan kepada SPRM 6 April

Astro AWANI
Astro AWANI
24/03/2026
09:06 MYT
Anak Daim akan beri keterangan kepada SPRM 6 April
Pada 27 Februari lalu, satu notis telah disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi SPRM bagi mengesan kesemua anak kepada bekas Menteri Kewangan tersebut. Gambar fail.
Anak kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin dijadual hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 6 April ini.
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, berkata perkara itu disahkan oleh peguam mereka yang turut memberi jaminan bahawa anak guamnya akan hadir, menurut laporan Harian Metro hari ini.
Menurut Zamri, SPRM mengambil maklum jaminan yang dikemukakan oleh pihak peguam serta mengharapkan komitmen mereka dipatuhi sepenuhnya.
“Sekiranya mana-mana individu gagal hadir seperti dijanjikan, tindakan lanjut akan dipertimbangkan selaras peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.
Pada 27 Februari lalu, satu notis telah disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi SPRM bagi mengesan kesemua anak kepada bekas Menteri Kewangan tersebut.
Mereka ialah Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.
Notis berkenaan memaklumkan bahawa ia dikeluarkan bagi membantu siasatan, namun tidak memperincikan kes yang terlibat.
Menurut SPRM, notis tersebut dikeluarkan selepas tiada sebarang maklum balas diterima, selain usaha menghubungi keempat-empat individu berkenaan gagal sehingga 26 Februari lalu.
Bagaimanapun, pihak peguam memaklumkan bahawa anak guam mereka berada di luar negara dan menghadapi kesukaran untuk dihubungi.
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#SPRM
#anak Daim
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan