awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Menteri Kewangan Israel cedera dalam serangan mortar berhampiran sempadan Lubnan

Astro AWANI
Astro AWANI
09/03/2026
22:15 MYT
Anak Menteri Kewangan Israel cedera dalam serangan mortar berhampiran sempadan Lubnan
Smotrich ketika mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya sebelum berangkat bertempur bersama tentera Israel di Lubnan. - Foto X/@M_shebrawy3
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, mengesahkan bahawa anaknya, Benaya Hebron, adalah antara lapan anggota tentera Israel yang cedera dalam satu serangan berhampiran sempadan Lubnan pada Jumaat.
Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, Smotrich berkata serangan itu melibatkan sebutir mortar yang dilancarkan ke arah sekumpulan anggota tentera di kawasan sempadan.
Menurut Smotrich, Benaya mengalami kecederaan akibat serpihan yang menembusi bahagian belakang dan perut, sebelum dibawa segera ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Pemeriksaan perubatan mendapati serpihan berkenaan telah melalui bahagian hati dan berhenti berdekatan dinding saluran darah utama di dalam abdomen.
Smotrich berkata bahawa kecederaan itu berpotensi mengancam nyawa jika saluran darah tersebut turut terjejas.
Media Israel melaporkan bahawa serangan itu telah mencederakan lapan anggota tentera IDF, sebahagiannya parah, ketika ketegangan di sepanjang sempadan Lubnan terus meningkat ekoran serangan rentas sempadan oleh kumpulan bersenjata.
Smotrich turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan, tentera, serta orang ramai yang menghulurkan doa dan sokongan kepada keluarganya.
Beliau berkata keadaan anaknya semakin stabil dan dijangka pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Bezalel Smotrich
#Benaya Hebron
#cedera
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan