awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan

Seth Akmal
Seth Akmal
20/03/2026
23:12 MYT
Anak muda turun padang bantu miskin bandar ketika Ramadan
Kemuncak majlis Malam Tujuh Likur menyaksikan para sukarelawan Dapur Jalanan Kuala Lumpur berarak di Jalan Petaling pada minggu lalu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Aktivisme anak muda merupakan ekspresi golongan remaja yang tidak pernah terhenti, hatta ketika berada dalam bulan suci Ramadan.
Bersempena minggu terakhir Ramadan, sukarelawan Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL) sekali lagi melaksanakan program Malam Tujuh Likur bagi berkongsi kebahagiaan bersama golongan rentan di ibu kota pada minggu lalu.
DJKL yang telah beroperasi sejak 2013 dan lazimnya menjalankan aktiviti pada setiap Ahad akan menghentikan operasi sepanjang bulan Ramadan namun, program Malam Tujuh Likur tetap diteruskan setiap tahun bagi membantu golongan yang memerlukan.
Seawal jam 6 petang, para sukarelawan telah berada di Jalan Panggung di tengah ibu kota bagi menyediakan juadah berbuka puasa seperti nasi arab, martabak dan minuman yang telah disiapkan lebih awal.
Aktiviti seperti ini sering menjadi ruang kepada golongan muda, khususnya Generasi Z, untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan dan gerak kerja sosial.
Raja Rania Farhanah R. Zainal Abidin berusia 21 tahun berperanan selaku koordinator sukarelawan berpendapat walaupun sumbangan DJKL mungkin dilihat kecil namun ia tetap dapat membantu golongan rentan.
“Apabila saya dapat melibatkan diri dengan DJKL saya gembira dapat berinteraksi dengan komuniti (warga miskin kota) seolah-olah niat untuk membantu mereka terlaksana,” kata Rania.
Manakala, Khairom Muzaffar Baharom, 28 tahun berkerjaya sebagai akauntan di sektor swasta menyifatkan peranannya di DJKL cukup memberikan kepuasan walau tanpa pulangan.
“Saya berpendapat kerana latar belakang daripada dunia korporat menyebabkan saya terpanggil untuk membantu warga miskin kota, pulangan aktiviti kami ini bukan berbentuk wang, sebaliknya kepuasan dari sudut kerohanian,” kata Khairom.
Pada majlis kali ini, DJKL turut berkongsi barangan keperluan antaranya kain pelikat, kain batik, tuala kecil, minyak wangi, syampu, sabun, berus dan ubat gigi, beg barangan serta tuala wanita, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,010 unit.
Kemuncak majlis tersebut diserikan dengan perarakan para sukarelawan yang mengelilingi Jalan Petaling di tengah ibu kota.
Kawasan yang lazimnya sibuk dengan aktiviti pelancongan dan perniagaan itu kali ini disemarakkan dengan cahaya obor pelita yang dibawa para sukarelawan, sekali gus menghidupkan suasana desa di tengah-tengah bandar.
Topic Berkaitan
#Dapur Jalanan
#miskin
#Gen Z
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan