awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak syarikat Eonmetall cadang jual tanah di Klang berharga RM273.28 juta

Astro AWANI
Astro AWANI
19/03/2026
13:59 MYT
Anak syarikat Eonmetall cadang jual tanah di Klang berharga RM273.28 juta
Eonmetall Group Bhd (EGB) melalui anak syarikat milik penuhnya Eonmetall Land Sdn Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual sebidang tanah pegangan bebas di Klang, Selangor kepada WG Malaysia VIII Sdn Bhd pada harga RM273.28 juta.

Eonmetall Group Bhd (EGB) melalui anak syarikat milik penuhnya Eonmetall Land Sdn Bhd memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual sebidang tanah pegangan bebas di Klang, Selangor kepada WG Malaysia VIII Sdn Bhd pada harga RM273.28 juta.

Tanah berkenaan dengan keluasan kira-kira 2.88 juta kaki persegi, dikhususkan untuk kegunaan perindustrian.

EGB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata cadangan penjualan itu dianggap sebagai transaksi pihak berkaitan di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama berikutan kepentingan beberapa pengarah dan pemegang saham utama dalam urus niaga berkenaan.

“Cadangan penjualan itu adalah peluang menguntungkan untuk kumpulan menjana pulangan daripada tanah berkenaan memandangkan pembeli telah mengenal pasti tanah itu sebagai antara projek pembangunan infrastruktur teknologi maklumat (IT) yang lebih besar.

“Sehubungan itu, harga jualan itu mencerminkan nilai tanah yang mempunyai potensi pembangunan infrastruktur IT sekali gus memberi harga premium berbanding tanah yang sama bagi kegunaan industri biasa,” menurut pengeluar sistem pengendalian bahan itu.

EGB yang mencatat kerugian bersih sebanyak RM47.31 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berkata cadangan penjualan itu akan membolehkan kumpulan merealisasikan nilai tanah pada harga menguntungkan dan dijangka mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat.

“Kumpulan dijangka merekodkan keuntungan pro forma bersih yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat berjumlah RM57.82 juta,” katanya.

EGB berkata hasil daripada penjualan itu akan digunakan terutamanya untuk membayar balik pinjaman, membiayai modal kerja serta membiayai potensi pembelian.

Cadangan penjualan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan pihak berkuasa berkaitan, dan dijangka dimuktamadkan pada separuh kedua 2026, katanya.

Wyncorp Advisory Sdn Bhd telah dilantik sebagai penasihat bebas untuk menilai sama ada cadangan penjualan itu adil dan munasabah kepada pemegang saham EGB yang tidak berkepentingan serta sama ada urus niaga itu merugikan mereka.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Eonmetall Group
#EGB
# WG Malaysia VIII
#jual tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan