awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak-anak Andrew kini menjadi kerabat diraja terbaharu yang terpalit skandal Epstein

Astro AWANI
Astro AWANI
16/02/2026
20:58 MYT
Anak-anak Andrew kini menjadi kerabat diraja terbaharu yang terpalit skandal Epstein
Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie dari Britain beredar selepas menghadiri istiadat perayaan Krismas keluarga diraja di Gereja St. Mary Magdalene, pada 25 Disember 2025. - Gambar Reuters
Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie kini menjadi anggota keluarga diraja terkini yang terheret dalam skandal Jeffrey Epstein, selepas pendedahan baharu fail Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) kembali mengaitkan ibu bapa mereka, Andrew Mountbatten‑Windsor dan Sarah Ferguson dengan jutawan pemangsa seksual itu.
Menurut laporan CNN, nama kedua-dua puteri disebut ratusan kali dalam siri dokumen baharu yang dikenali sebagai Epstein files, termasuk beberapa rujukan bersifat memalukan terhadap kehidupan peribadi Eugenie ketika remaja.
Walaupun Beatrice dan Eugenie bukan lagi anggota diraja yang bekerja, status HRH (yang membawa maksud His atau Her Royal Highness) yang masih disandang mereka menjadikan kes ini terus menarik perhatian umum.
Skandal ibu bapa kembali menghantui
Tumpuan utama kritikan kekal pada hubungan Andrew dengan Epstein.
Polis United Kingdom (UK) kini menyiasat dakwaan salah guna jawatan dan pelanggaran kerahsiaan selepas e-mel yang dibocorkan menunjukkan bekas putera itu mungkin berkongsi maklumat sulit dengan Epstein ketika beliau berkhidmat sebagai utusan perdagangan UK.
Sarah Ferguson pula turut menjadi tumpuan besar susulan pendedahan beberapa e-mel, termasuk dakwaan beliau membawa kedua-dua puteri bertemu Epstein hanya beberapa hari selepas pembebasannya pada 2009 — langkah yang kini mengundang kecaman hebat terhadap bekas Duchess itu.
Tekanan emosi kepada Beatrice dan Eugenie
Royal editor The Mirror menyifatkan keadaan yang melanda kedua-dua puteri itu sebagai “amat menyedihkan” dengan mereka kini perlu bergelut memahami sejauh mana penglibatan kedua ibu bapa dalam skandal Epstein.
Sumber People pula melaporkan bahawa kedua-duanya berasa “ditipu” selepas mendengar penjelasan Andrew selama ini, yang kini dipersoal ekoran dokumen serta e-mel baharu.
Tekanan itu dilihat lebih berat kepada Eugenie, yang aktif dalam kerja amal anti-perhambaan - reputasinya juga kini tercalar akibat pendedahan tersebut.
Kesan terhadap institusi diraja
Situasi itu menjadi lebih rumit apabila Andrew dilucutkan semua gelaran dan hak istimewa oleh King Charles III, manakala Sarah Ferguson turut disingkirkan daripada istana susulan hubungan lampau mereka dengan Epstein.
Hal ini memberi kesan langsung kepada kedua-dua puteri, termasuk keputusan mereka untuk tidak menyambut perayaan bersama ibu bapa demi menjaga imej keluarga diraja.
Perkembangan terkini turut menyaksikan Andrew berpindah ke kediaman lebih kecil di Sandringham selepas diarahkan meninggalkan Royal Lodge, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan dalam keluarga tersebut.
Tidak berpaling daripada keluarga
Walaupun terpalit skandal besar dan berdepan tekanan awam, laporan HELLO! menegaskan, Beatrice dan Eugenie tetap setia kepada ibu bapa mereka.
Sumber rapat keluarga menyatakan mereka “tidak akan membelakangkan ayah mereka”, meskipun hubungan keluarga kini berada dalam keadaan yang amat tegang. - Agensi
Topic Berkaitan
#skandal Jeffrey Epstein
#Putera Andrew
#Puteri Beatrice
#Puteri Eugenie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan