awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan bawa pulang ahli digantung, dibuang langkah awal penyatuan UMNO - Bastien Onn
Bantuan tanam semula getah Risda di Sarawak meningkat kepada RM23,000 sehektar
Amira Aisya jadi Presiden baharu MUDA, tekad bela nasib rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anand Raj dipilih presiden baharu Majlis Peguam

Bernama
Bernama
14/03/2026
11:27 MYT
Anand Raj dipilih presiden baharu Majlis Peguam
Anand Raj dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam untuk penggal 2026/2027 menggantikan Mohamad Ezri Abdul Wahab.
Anand Raj dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam untuk penggal 2026/2027 menggantikan Mohamad Ezri Abdul Wahab.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia ke-80 hari ini, Murshidah Mustafa dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala R. Jayabalan dilantik sebagai Setiausaha dan Peter-Douglas Ling sebagai Bendahari.

Bercakap pada sidang media selepas AGM berkenaan, Anand yang sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Majlis Peguam berkata kepimpinan baru ini mencerminkan kesinambungan, kerana setiap ahli telah melangkah ke satu tahap jawatan daripada peranan masing-masing dalam penggal lepas yang berakhir hari ini.
“Kami akan terus mempertahankan nilai-nilai Badan Peguam dan bersuara tanpa rasa takut atau memihak," katanya, sambil menambah bahawa 433 ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut.
Sementara itu, Anand berkata 11 usul telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, dengan sembilan daripadanya diluluskan, termasuk usul mengenai pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, yang diluluskan secara sebulat suara.
“Ini mengulangi pendirian kami sejak sekian lama bahawa jawatan Peguam Negara dan jawatan Pendakwa Raya mesti dipisahkan dan bebas. Pemisahan ini penting untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan.
"Kami telah melihat bahawa pemisahan seperti ini diterima di beberapa bidang kuasa dan secara amnya berfungsi lebih baik dengan cara demikian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anand Raj
#presiden baharu
#Majlis Peguam
#Mesyuarat Agung Tahunan AGM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan