awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman bom: Polis rekod keterangan menteri, saksi

Bernama
Bernama
07/06/2024
11:00 MYT
Ancaman bom: Polis rekod keterangan menteri, saksi
Asmadi berkata insiden kes di bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu masih dalam siasatan. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bagi membantu siasatan insiden ancaman bom baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata insiden kes di bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu masih dalam siasatan.
"Kes masih dalam siasatan. Setakat ini, keterangan menteri serta beberapa saksi telah diambil. Usaha mengesan suspek sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, polis mengesahkan bungkusan yang didakwa mengandungi bom dan dialamatkan kepada Tiong pada Rabu lepas adalah palsu.
A Asmadi berkata bungkusan itu, yang diterima pada 11.19 pagi dan dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran beralamat dari Sungai Buloh, mengandungi paip PVC serta pemasa yang menyerupai bom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
#polis rakam keterangan
#Tiong King Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan