awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim

Bernama
Bernama
21/11/2024
14:57 MYT
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan. - Foto: Perhilitan/Orang awam
MELAKA: Kerajaan Melaka akan memastikan keselamatan penduduk terutama yang tinggal berdekatan lembangan Sungai Malim di sini daripada ancaman buaya.
Sehubungan itu, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Melaka terus memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
"Kita tahu sungai ini ialah habitat semula jadi buaya jadi kita akan terus berusaha untuk memastikan keselamatan penduduk dan saya difahamkan Perhilitan akan terus memasang perangkap di sungai berkenaan.
"Perhilitan juga akan memasang perangkap di Kampung Morten memandangkan terdapat laporan mengenai reptilia itu di sana ... walaupun saiznya tidak besar namun kita nasihatkan penduduk supaya sentiasa berhati-hati," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Taman Malim Jaya di sini hari ini selepas perangkap dipasang Perhilitan Melaka bulan lepas berjaya menangkap seekor buaya tembaga jantan kira-kira 3.30 petang tadi.
Sebanyak sembilan anggota Perhilitan bergegas ke Sungai Malim sebaik menerima maklumat mengenai kehadiran pemangsa sepanjang 3.13 meter itu.
Difahamkan tiga ekor buaya berjaya ditangkap di Sungai Malim pada tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Malim
#buaya
#ancaman
#hodupan liar
#Perhilitan
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan