awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota APM selamatkan lelaki hampir lemas di Pantai Miami

Bernama
Bernama
31/08/2025
14:15 MYT
Anggota APM selamatkan lelaki hampir lemas di Pantai Miami
Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa berusia 36 tahun dikatakan mengalami kesukaran dan gagal berenang ketika berada di dalam air di pantai berkenaan. - Gambar APM
GEORGE TOWN: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pantai Menara di Pantai Miami di sini berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada lemas hari ini.
Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa berusia 36 tahun dikatakan mengalami kesukaran dan gagal berenang ketika berada di dalam air di pantai berkenaan.
Jurucakap APM Pulau Pinang berkata anggota penyelamat pantai APM yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu segera menyelamatkan mangsa yang dikatakan sedang bercuti ke negeri berkenaan bersama ahli keluarganya dari Selangor.
"Lelaki tempatan itu berjaya ditarik keluar dari dalam laut dan dibawa ke pantai, mangsa dalam keadaan stabil namun lemah dan kesakitan pada bahagian belakang badan dipercayai akibat terhentak pada batu di dalam air.
"'Selepas diberikan bantuan awal, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan lanjut,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan pantas anggota penyelamat berjaya menyelamatkan mangsa daripada lemas atau tragedi lebih buruk berlaku di kawasan pantai itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan awal
#rawatan lanjut
#APM
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan