awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba cedera dibenar jalani temuduga kenaikan pangkat dalam wad

Bernama
Bernama
17/11/2017
10:55 MYT
Anggota bomba cedera dibenar jalani temuduga kenaikan pangkat dalam wad
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SPA di atas kebenaran yang diberikan supaya Shazlan untuk menjalani ditemuduga di hospital. - Gambar Bernama
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang cedera ketika melaksanakan tugas dan tidak dapat menghadiri temuduga kenaikan pangkat secara lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menjalani temuduga tersebut di hospital.
Shazlan Mohd Hanafiah, 32, dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Bainun akibat cedera ketika memadamkan api di kilang memproses habuk kayu untuk membuat papan lapis di Tasek pagi 11 Nov, dijadualkan menghadiri temuduga pada 13 Nov.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata JBPM berhubung dengan SPA bagi memaklumkan keadaan Shazlan dan memohon supaya Shazlan dibenarkan ditemuduga di wad dan ia dipersetujui oleh SPA.
"Saya tidak pasti bila temuduga berkenaan akan diadakan kerana malam tadi saya dimaklumkan beliau yang sudah dipindahkan ke wad biasa masih belum ditemuduga," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan JBPM di ibu JBPM di sini hari ini.
Wan Mohd Nor berkata Shazlan akan menjalani temuduga kenaikan pangkat daripada pegawai JBPM gred KB19 ke gred 29.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SPA di atas kebenaran yang diberikan supaya Shazlan untuk menjalani ditemuduga di hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim
#Hospital Raja Perempuan Bainun
#JBPM
#kenaikan pangkat
#Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Penyelamat Malaysia
#Shazlan Mohd Hanafiah
#SPA
#Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
#Tasek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan