awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke

Khalis Khadir
Khalis Khadir
06/01/2025
07:22 MYT
Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Loke berkata inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Penggunaan kamera badan untuk anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diperkenal bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan.

Ringkasan AI
  • Penggunaan kamera badan untuk anggota JPJ akan diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan dan melindungi anggota daripada cemuhan masyarakat.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah meminta pengurusan Kementerian Pengangkutan untuk berunding dengan Kementerian Kewangan bagi melaksanakan perolehan kamera badan secepat mungkin.
  • Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, dan Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, menyatakan bahawa penggunaan kamera badan dapat meningkatkan integriti dan mengelakkan salah tafsir semasa bertugas.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
“Ini akan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, khususnya melibatkan kenderaan berat. Pemakaian kamera badan ini bukan sahaja memastikan imej dan integriti JPJ dijaga, tetapi juga dapat melindungi anggota JPJ.
"Seperti yang saya katakan, kadang kala anggota JPJ dicemuh, dihina, dituduh macam-macam.
"Jadi, dengan adanya kamera badan ini, anggota JPJ dilindungi kerana apa sahaja bukti semasa mereka menguatkuasakan undang-undang dapat dirakam,” kata Loke.
Beliau memaklumkan telah meminta pengurusan Kementerian Pengangkutan untuk berunding dan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi melaksanakan perolehan kamera badan itu secepat mungkin.
Tambah Loke, langkah itu dibuat susulan permintaan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli agar anggotanya dilengkapi kamera badan supaya imej, keselamatan, dan integriti setiap anggota bertugas berada pada tahap tertinggi.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa JPJ sangat diperlukan untuk meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Beliau berkata penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan berkenaan selain mengelakkan salah tafsir yang sering berlaku dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Kementerian Pengangkutan
#JPJ
#kamera badan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan