awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Jaringan tunggal Gabriel lonjak The Cats ke tangga kedua
Anggota pasukan pengaman PBB cedera dalam serangan ke atas posisi UNIFIL di selatan Lubnan
Permohonan penggantungan tidak jejas prinsip hak 40 peratus Sabah - Mustapha
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota pasukan pengaman PBB cedera dalam serangan ke atas posisi UNIFIL di selatan Lubnan

Bernama
Bernama
14/03/2026
16:10 MYT
Anggota pasukan pengaman PBB cedera dalam serangan ke atas posisi UNIFIL di selatan Lubnan
Pemandangan kawasan selatan Beirut ketika ribut pasir, susulan peningkatan ketegangan antara Hizbullah dan Israel, di tengah-tengah konflik AS-Israel dengan Iran, seperti yang dilihat dari Baabda, Lubnan, 14 Mac 2026. REUTERS

Seorang anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cedera dalam serangan semalaman ke atas posisi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan, yang turut mengakibatkan kebakaran, kata seorang pegawai pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap UNIFIL Kandice Ardiel berkata dalam satu kenyataan bahawa "satu daripada posisi kami berhampiran Meiss ej Jebel telah terkena serangan, berkemungkinan daripada tembakan mesingan berat."

Beliau menambah bahawa "impak tersebut menyebabkan kebakaran, dan seorang anggota pasukan pengaman yang sedang dalam perjalanan ke tempat perlindungan mengalami kecederaan ringan."

Ardiel berkata UNIFIL telah melancarkan siasatan terhadap insiden berkenaan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak tentang tanggungjawab masing-masing dengan berkata: "Kami mengingatkan semua pelaku tentang kewajipan mereka untuk memastikan keselamatan dan sekuriti anggota pasukan pendamai pada setiap masa."

Kumpulan Hizbullah di Lubnan mula menyasarkan tapak tentera Israel pada 2 Mac sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel ke atas Iran yang mengorbankan Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei di Tehran, serta serangan Israel ke atas Lubnan, walaupun gencatan senjata telah dicapai pada November 2024.

Israel memperluaskan kempennya pada hari yang sama dengan serangan udara ke atas pinggir bandar selatan Beirut serta kawasan di selatan dan timur Lubnan.

Pada 3 Mac, Israel juga melancarkan pencerobohan darat terhad ke selatan Lubnan, bersama-sama kempen ketenteraan bersama AS terhadap Iran yang bermula pada 28 Feb.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#UNIFIL
#lubnan
#Israel
#pasukan pengaman PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan