awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis berpangkat Sarjan direman bantu siasatan kes rasuah RM31,000

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
25/06/2021
07:48 MYT
Anggota polis berpangkat Sarjan direman bantu siasatan kes rasuah RM31,000
Anggota polis berusia 31 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah itu ditahan selepas dipercayai menerima wang berjumlah RM10,000 semalam.- Foto Astro AWANI
GEORGE TOWN: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM31,000.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, R. Manomani di Mahkamah Majistret George Town di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.
Menurut sumber, anggota polis berusia 31 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah itu ditahan selepas dipercayai menerima wang berjumlah RM10,000 semalam.
Suspek sebelum ini disyaki meminta RM15,000 daripada seorang tahanan sebagai dorongan untuk menutup kes yang sedang disiasat PDRM di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Suspek meminta wang sebanyak RM15,000 dan dia telah pun menerima bayaran sebanyak RM6,000 daripada mangsa sebelum ini.
"Bagaimanapun suspek ditahan SPRM sewaktu menerima baki RM10,000," katanya ketika dihubungi pada Jumaat
Tertuduh yang diwakili peguam Cheah Eng Soon disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Malaysia
#SPRM
#sarjan polis
#terima rasuah
#anggota polis terima rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan