awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis cedera dipukul lapan lelaki

Bernama
Bernama
06/08/2016
00:24 MYT
Anggota polis cedera dipukul lapan lelaki
Hasil siasatan di tempat kejadian, pihak polis menemui sepucuk pistol Smith & Wesson beserta lima butir peluru dan dua batang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
Seorang anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh cedera di bahagian kepala selepas dipukul lapan lelaki di kawasan tapak pembinaan rumah di Taman Sri Wangi Lahat, di sini petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang sedang bertugas telah mengekori kesemua lelaki yang bertopi keledar menutup muka menunggang empat motosikal masuk ke tapak pembinaan berkenaan.
Sum berkata mangsa melihat lapan lelaki itu cuba mencuri mozek.
"Mangsa turun dari keretanya dan suspek cuba melarikan diri namun mangsa berjaya menahan seorang suspek dan berlaku pergelutan.
"Suspek yang lain datang menolong dan telah memukul kepala mangsa dengan menggunakan kayu sehingga mangsa pengsan. Setelah sedar diri mangsa mendapati pistolnya telah hilang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Menurut Sum, mangsa kemudiannya terserempak dengan seorang rakan sejawat yang telah membawa beliau ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan.
Hasil siasatan di tempat kejadian, pihak polis telah menemui sepucuk pistol Smith & Wesson beserta lima butir peluru dan dua batang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa, katanya.
"Dua saksi yang nampak kejadian telah dirakam percakapannya. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.
Topic Berkaitan
#ACP Sum Chang Keong
#Ipoh
#polis cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan