awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PPBM bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat

Bernama
Bernama
29/04/2018
01:45 MYT
Anggota PPBM bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat
Muhyiddin berkata perlembagaan parti memperuntukkan mana-mana anggotanya yang bertanding tanpa kebenaran parti boleh dipecat. - Astro Awani / Shahir Omar
Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan dipecat daripada parti, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata perlembagaan parti memperuntukkan mana-mana anggotanya yang bertanding tanpa kebenaran parti boleh dipecat.
"Ini satu perkara yang tak boleh kita benarkan kerana mereka sudah mengkhianati perjuangan parti.
"Mereka telah melanggar disiplin parti, apatah lagi mereka telah membuat sesuatu yang menimbulkan masalah kepada parti komponen yang lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah di Bakri malam tadi.
Beliau ditanya mengenai tindakan Naib Ketua Bahagian PPBM Hang Tuah Jaya Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Melaka.
Dilaporkan Kamarolzaman berbuat demikian selepas kecewa tidak dicalonkan di kawasan berkenaan walaupun telah dijanjikan oleh pucuk pimpinan.
Kerusi itu diserahkan kepada PKR dan pada PRU14 ini, DUN Ayer Molek menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Kamarolzaman, Rahmad Mariman (Barisan Nasional), Jantan Abdullah (PAS) dan Farhan Ibrahim @Alias (PKR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#MalaysiaMemilih
#Muhyiddin Yassin
#pilihan raya
#PKR
#PPBM
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan