awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera hilang di Semporna dijumpai

Bernama
Bernama
26/03/2026
05:26 MYT
Anggota tentera hilang di Semporna dijumpai
Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan Renjer Fredenick Petrus, 21, dari Kompeni C, Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), tidak ditemukan semasa pemeriksaan baris pagi di Pos Pulau Pandanan pada 14 Mac lepas, sebelum usaha pengesanan dilaksana
Seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 1/2026 berjaya dikesan dan didapati Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC).
Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan Renjer Fredenick Petrus, 21, dari Kompeni C, Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), tidak ditemukan semasa pemeriksaan baris pagi di Pos Pulau Pandanan pada 14 Mac lepas, sebelum usaha pengesanan dilaksanakan.
“Hasil tindakan pengesanan, anggota berkenaan telah ditangkap oleh pasukan 3 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Kota Samarahan, Sarawak pada 19 Mac.
“Anggota itu seterusnya dibawa ke hadapan Majistret Kota Samarahan dan kini berada dalam tahanan tentera di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak bagi tujuan siasatan lanjut,” menurut MK AB dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar ketidakhadiran anggota tersebut.
“Tindakan sewajarnya akan diambil selaras dengan peraturan serta undang-undang di bawah Akta Angkatan Tentera (ATM) 1972. MK AB komited untuk memastikan setiap kes ditangani secara profesional, telus dan berintegriti.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera
#hilang
#ketidakhadiran
#MK AB
#THTC
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan