awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota ukur sempadan Malaysia-Brunei hilang dihanyutkan arus deras

Bernama
Bernama
19/03/2026
00:47 MYT
Anggota ukur sempadan Malaysia-Brunei hilang dihanyutkan arus deras
- Gambar hiasan
Seorang anggota Pasukan Ukur Malaysia dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi sungai di kawasan Ulu Temburong pada Rabu malam.
Ketika kejadian, Donysius Gabriel Goh, 36, melakukan operasi pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Brunei bersama dengan lima lagi rakannya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.19 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas dikerah ke lokasi.
Kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira 8.30 malam 17 Mac lepas apabila hujan lebat menyebabkan arus sungai menjadi deras ketika kumpulan itu cuba menyeberangi sungai untuk ke lokasi perkhemahan.
“Seorang daripada mereka telah dihanyutkan arus deras dan hilang daripada pandangan manakala lima lagi terselamat... usaha pencarian awal telah dijalankan oleh rakan mangsa pada malam kejadian namun tidak berhasil,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan pencarian diteruskan keesokan pagi dalam radius kira-kira 700 meter dari lokasi lelaki tersebut dilaporkan hanyut namun mangsa belum ditemukan.
Menurut JBPM Sarawak, kelima-lima anggota yang terselamat kembali ke kem markas mereka pada 11.30 pagi semalam sebelum melaporkan insiden itu dan mendapatkan bantuan lanjut.
“Operasi mencari dan menyelamat dijangka dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi lain. Kawasan kejadian dilaporkan berlaku di hutan tebal berhampiran sungai dengan laluan mencabar serta tiada liputan komunikasi sekali gus menyukarkan usaha pencarian.
“Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang hitam, seluar panjang hitam, stoking kuning dan kasut getah,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota ukur sempadan Malaysia-Brunei
#hanyut
#Sungai
#arus deras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan