awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 48 orang, 73 cedera

Reuters
Reuters
02/04/2026
07:45 MYT
Angka korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 48 orang, 73 cedera
Hujan lebat serta banjir dijangka melanda 33 daripada 34 wilayah negara itu dalam beberapa hari akan datang. - Gambar fail

Angka korban akibat banjir yang melanda beberapa wilayah di Afghanistan sejak 25 Mac meningkat kepada 48 orang, manakala 73 lagi cedera, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Setakat ini, 48 orang maut dan 73 lagi cedera akibat hujan, banjir serta tanah runtuh. Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, enam orang maut dan tujuh lagi cedera,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara Afghanistan (ANDMA) Mohammad Youssef Hammad pada Khamis.

Dalam tempoh 24 jam lalu, banjir telah memusnahkan 139 bangunan kediaman dan merosakkan 394 bangunan lain, tambah beliau.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 1,000 keluarga terjejas akibat banjir,” katanya.

Direktorat Am Meteorologi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Afghanistan memaklumkan bahawa hujan lebat serta banjir dijangka melanda 33 daripada 34 wilayah negara itu dalam beberapa hari akan datang.

-- BERNAMA-SPUTNIK

Topic Berkaitan
#Afghanistan
#banjir Afghanistan
#manga
#kehilangan rumah
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan