awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 123 orang

Bernama
Bernama
06/03/2026
01:22 MYT
Angka korban serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 123 orang
Kepulan asap kelihatan susulan serangan udara Israel di Dahiyeh, pinggir bandar selatan Beirut, Lubnan, 6 Mac 2026. (Foto AP)
Sekurang-kurangnya 123 orang terkorban dalam serangan Israel ke atas Lubnan sejak Isnin, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan lewat Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kementerian itu berkata seramai 683 orang lagi dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan.
Tentera Israel melancarkan siri serangan udara sejak Isnin ke atas sasaran di seluruh negara, termasuk di ibu negara, Beirut, selepas kumpulan Hizbullah menyambung semula serangan terhadap Israel.
Ketegangan itu menyusul selepas serangan besar-besaran Israel-Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran yang mengorbankan lebih 900 orang sejak Sabtu, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei serta pegawai tinggi tentera.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset milik AS.
Israel telah berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan yang ditandatangani pada November 2024, dengan melakukan serangan hampir setiap hari yang telah mengakibatkan ratusan kematian dan kecederaan.

Israel memulakan serangan terhadap Lubnan pada Oktober 2023 sebelum konflik memuncak kepada perang berskala penuh pada September 2024, yang telah meragut lebih 4,000 nyawa dan mencederakan sekitar 17,000 orang.

--BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#beirut
#Israel
#lubnan
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan