awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT juara Liga Super kali ke-12 berturut-turut
'Jenayah' serius, sampai sekarang kita tak tahu siapa - Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia
JLKN tingkat jumlah pelatih PLKN 3.0 Siri 2 2026, tambah sebuah pusat latihan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban serangan sekolah perempuan di Iran meningkat kepada 118

Astro AWANI
Astro AWANI
01/03/2026
05:09 MYT
Angka korban serangan sekolah perempuan di Iran meningkat kepada 118
Sekolah Rendah Shajareh Tayyebeh di wilayah Hormozgan itu dilaporkan terkena bedilan peluru berpandu ketika kira‑kira 170 pelajar sedang mengikuti sesi pembelajaran. -Foto Reuters
Angka korban akibat serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas sebuah sekolah rendah perempuan di bandar Minab, selatan Iran, dilaporkan meningkat kepada 118 orang.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, berkata jumlah itu dijangka meningkat memandangkan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan sekolah.
Sekolah Rendah Shajareh Tayyebeh di wilayah Hormozgan itu dilaporkan terkena bedilan peluru berpandu ketika kira‑kira 170 pelajar sedang mengikuti sesi pembelajaran.
Impak serangan menyebabkan struktur bangunan runtuh sepenuhnya dan menghempap murid serta kakitangan.
Pasukan penyelamat dan Bulan Sabit Merah Iran terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat di bawah sisa konkrit bagi mengeluarkan baki mangsa yang masih belum ditemui.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian mengecam keras serangan tersebut, menyifatkannya sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan dan lembaran hitam dalam rekod jenayah pihak penceroboh terhadap rakyat Iran.
Beliau turut mengarahkan semua kemudahan perubatan dan unit kecemasan di wilayah itu dikerahkan sepenuhnya bagi memberi rawatan segera kepada mangsa yang cedera.
Dalam satu hantaran di media sosial, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menegaskan bahawa pembunuhan ratusan kanak‑kanak tidak bersalah itu tidak akan dibiarkan tanpa tindak balas daripada Tehran, sambil menyifatkan serangan tersebut sebagai jenayah terhadap rakyat Iran.
Serangan berkenaan berlaku ketika ketegangan di rantau itu berada pada tahap kritikal berikutan operasi ketenteraan besar‑besaran oleh Amerika Syarikat dan Israel yang turut menyasarkan pusat kepimpinan dan kemudahan strategik di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Iran
#minab
#Serangan AS-Israel
#Shajareh Tayyebeh
#Masoud Pezeshkian
#abbas araghchi
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan