awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Jenayah' serius, sampai sekarang kita tak tahu siapa - Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia
JLKN tingkat jumlah pelatih PLKN 3.0 Siri 2 2026, tambah sebuah pusat latihan baharu
Pemimpin Agung Iran dalam keadaan sihat, tadbir negara sepenuhnya - Menteri Luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JLKN tingkat jumlah pelatih PLKN 3.0 Siri 2 2026, tambah sebuah pusat latihan baharu

Bernama
Bernama
15/03/2026
13:40 MYT
JLKN tingkat jumlah pelatih PLKN 3.0 Siri 2 2026, tambah sebuah pusat latihan baharu
Ya'cob berkata pemilihan pelatih bagi kuota tambahan itu dilaksanakan secara rawak melalui sistem ePLKN, dengan hampir 600 pelatih akan ditempatkan di kem berkenaan. - Gambar fail/PLKN
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan meningkatkan kuota pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2 2026 susulan penambahan sebuah lagi pusat latihan.
Ketua Pengarah JLKN Datuk Ya'cob Samiran dalam kenyataan memaklumkan pelatih boleh membuat semakan menerusi sistem ePLKN 3.0 https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form mulai 1 tengah hari esok.
Beliau berkata penambahan kuota pelatih akan melibatkan penempatan di Kem MALBATT Village, di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pelatih terpilih wajib mengesahkan kehadiran menerusi sistem ePLKN 3.0 selewat-lewatnya pada 3 April.
Beliau berkata pemilihan pelatih bagi kuota tambahan itu dilaksanakan secara rawak melalui sistem ePLKN, dengan hampir 600 pelatih akan ditempatkan di kem berkenaan.
“Dengan tambahan Kem MALBATT Village, menjadikan jumlah kem yang beroperasi bagi pelaksanaan PLKN 3.0 untuk Siri 2/2026 kepada tiga, iaitu selepas kem Rejimen 51 Askar Wataniah (AW) Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW) Pekan, Pahang.
“Pembukaan kem baharu seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat, tertakluk kepada ketersediaan kem yang akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya.
Ya'cob berkata berdasarkan perancangan, kem MALBATT Village akan menempatkan 350 pelatih lelaki dan 250 pelatih wanita.
“Walaupun pelatih berlainan jantina ditempatkan di kem yang sama, pelaksanaan latihan tetap mengekalkan pengasingan secara menyeluruh mengikut kompeni, termasuk dari segi kawasan penginapan, aktiviti latihan dan pergerakan harian sepanjang program berlangsung.
"JLKN memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelatih sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh latihan selama 45 hari dijalankan di kem itu," katanya.
PLKN 3.0 Siri 2 2026 berlangsung dari 25 April hingga 8 Jun ini, dengan empat siri latihan PLKN 3.0 dijadualkan tahun ini.
-- BERNAMA
TAG: JLKN, PLKN, MALLBATT village, pelatih, semakan, penambahan kuota
Topic Berkaitan
#MALLBATT village
#JLKN
#PLKN 3 0
#kawasan penginapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan