awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara rokok, dendam lama, lelaki diserang guna parang

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
03/05/2021
07:58 MYT
Angkara rokok, dendam lama, lelaki diserang guna parang
Ada suatu isu yang sangat rumit terjadi antara suspek dan mangsa. - Foto: IPD Beaufort
BEAUFORT: Rokok dan dendam lama, dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga emas cedera akibat diserang dalam kejadian di Kampung Lumantak, Membakut di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 67 tahun cedera di muka selepas terkena parang yang dihayun suspek.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, suspek berusia 25 tahun, pada awalnya dikatakan pergi ke rumah mangsa untuk membeli rokok.
Bagaimanapun katanya, mangsa didakwa tidak melayan suspek sehingga menyebabkannya berang sebelum kembali dengan membawa sebilah parang.
“Suspek kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah mangsa dengan menggunakan senjata parang.
“Namun parang yang digunakan suspek untuk memecahkan pintu dikatakan tiba-tiba tercabut dan terus terkena ke bahagian muka mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Yussof Zaki berkata, suspek yang melihat mangsa cedera terus bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.
Katanya, suspek berjaya ditahan kira-kira sejam selepas kejadian oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.
“Siasatan lanjut mendapati, punca kejadian sebenarnya disebabkan perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang dikatakan menjadi penyebab rumah ibu bapa suspek terbakar tahun lalu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan," katanya.
Topic Berkaitan
#cedera
#parang
#denda
#jenayah
#Beaufort
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan