awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
PM fokus ekonomi, tolak tepi kemelut Rafizi, PKR
Bekas Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkasawan NASA rakam imej Bumi 'menakjubkan' dalam perjalanan ke Bulan

Astro AWANI
Astro AWANI
04/04/2026
02:01 MYT
Angkasawan NASA rakam imej Bumi 'menakjubkan' dalam perjalanan ke Bulan
Imej yang disediakan oleh NASA ini memaparkan pemandangan Bumi yang dirakam oleh angkasawan NASA dan Komander Artemis II, Reid Wiseman, dari tingkap kapal angkasa Orion selepas selesai pembakaran enjin suntikan translunar pada 2 April 2026. - Gambar AP
Angkasawan misi Artemis II milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) berjaya merakam imej menakjubkan planet Bumi dari angkasa lepas, hanya kira-kira sehari setengah selepas pelancaran misi berawak pertama ke Bulan dalam tempoh lebih 50 tahun.
Menurut NASA, imej beresolusi tinggi itu dihantar kembali ke Bumi pada Jumaat lalu, ketika kapsul Orion semakin menjauhi planet ini dalam perjalanannya menuju ke Bulan.
Salah satu gambar memaparkan keseluruhan Bumi yang diselubungi awan putih, manakala satu lagi menunjukkan lengkungan Bumi yang dirakam dari tingkap kapsul angkasa berkenaan.
Imej tersebut diambil oleh Komander misi, Reid Wiseman, selepas pembakaran enjin utama Orion bagi memasuki trajektori ke Bulan.
Fenomena cahaya aurora hijau turut kelihatan dalam salah satu rakaman, menurut kenyataan NASA.
Setakat ini, keempat-empat angkasawan Artemis II — terdiri daripada tiga warga Amerika Syarikat dan seorang dari Kanada — telah berada lebih 110,000 batu (sekitar 180,000 kilometer) dari Bumi dan dijangka tiba berhampiran Bulan dalam masa beberapa hari lagi.
Misi Artemis II tidak melibatkan pendaratan di permukaan Bulan, sebaliknya bertujuan menguji sistem penerbangan berawak sebelum misi pendaratan manusia ke Bulan dirancang pada masa akan datang. Ia juga menandakan kepulangan semula manusia ke laluan sekitar Bulan, kali terakhir dicapai menerusi misi Apollo 17 pada tahun 1972.
“Ia adalah detik yang sungguh menakjubkan dan membuatkan kami semua terdiam,” kata Wiseman dalam satu temu bual, menggambarkan pemandangan Bumi dari angkasa lepas. - Agensi
Topic Berkaitan
#Imej Bumi
#NASA
#bulan
#Artemis II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan