awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjur majlis perkahwinan di dewan ketika PKP, polis buka siasatan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/08/2021
08:54 MYT
Anjur majlis perkahwinan di dewan ketika PKP, polis buka siasatan
Saralathan berkata, gambar majlis berkenaan menjadi tular di media sosial. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR : Polis telah merakam keterangan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penganjuran majlis perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah bangunan di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Julai lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy berkata, terdahulu gambar majlis berkenaan menjadi tular di media sosial.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati, terdapat individu yang berkumpul tanpa penjarakan fizikal.
“Penganjur telah menyewa dewan tersebut daripada sebuah syarikat pengurus perkahwinan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Difahamkan, wanita berkenaan merupakan pengurus lokasi majlis dan polis akan turut memanggil kesemua individu yang terlibat dalam majlis tersebut.
Menurut Saralathan, siasatan polis menjurus kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP dan disiasat mengikut Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Topic Berkaitan
#majlis perkahwinan
#PKP
#ingkar SOP
#dewan
#jalan ampang
#polis
#kertas siasatan
#Tular
#viral
#keterangan
#polis wangsa maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan