awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar 'malu' dengan Ebit Liew, mahu berkongsi idea bantu rakyat

Bernama
Bernama
04/02/2021
16:53 MYT
Annuar 'malu' dengan Ebit Liew, mahu berkongsi idea bantu rakyat
Annuar berkata pendakwah itu adalah antara individu yang beliau ingin bertemu bagi berkongsi perkara berkaitan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat yang mungkin boleh dipelajari daripadanya. - Bernama
KUALA LUMPUR:"Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat," kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas mengenai pendakwah Ebit Liew yang dilihat pantas dalam melakukan kerja amal dan sumbangan.
Annuar berkata pendakwah itu adalah antara individu yang beliau ingin bertemu bagi berkongsi perkara berkaitan kebajikan dan sumbangan kepada rakyat yang mungkin boleh dipelajari daripadanya.
"Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu positif.
"Ini kerana orang yang tiada kuasa macam beliau (Ebit Liew) sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup," katanya dalam program Bicara Minda secara maya anjuran Sinar Harian malam ini.
Bagaimanapun, menteri itu berkata tanggungjawab kerajaan tidaklah serupa dengan tanggungjawab NGO kerana kerajaan juga perlu menumpukan untuk merangka dasar yang baik.
Selain itu beliau berkata kerajaan juga perlu mengadakan agenda dan program yang mungkin tidak dilihat oleh rakyat sekarang tetapi hasilnya akan dapat dilihat dalam tempoh jangka masa lebih panjang.
"Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamanya kita harus memikir jauh daripada itu.
"Jadi kalau tidak nampak turun (padang) bukan bermakna kerajaan tidak berfungsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik sementara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Tan Sri Annuar Musa
#NGO
#Ebit Liew
#kebajikan
#Menteri Wilayah Persekutuan
#kerja amal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan