awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Perdana Belia Negara: Kerajaan umum tujuh kategori anugerah baharu

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
15/05/2022
05:20 MYT
Anugerah Perdana Belia Negara: Kerajaan umum tujuh kategori anugerah baharu
Pengenalan kategori anugerah baharu itu adalah sebagai inisiatif menyuntik semangat golongan belia untuk terus menyumbangkan bakti kepada pembangunan negara. - Ihsan RTM
KUALA LUMPUR: Bagi menghargai peranan dan sumbangan belia dalam pelbagai bidang di negara ini, kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan tujuh anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi tahun ini.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Belia Negara 2022 hari ini.
“Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan kategori anugerah baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara pada tahun ini sebagai inisiatif menyuntik semangat golongan belia untuk terus menyumbangkan bakti kepada pembangunan negara.
“Sebanyak tujuh anugerah baharu pencarian ikon belia yang cemerlang dalam kategori dipertandingkan bagi tahun 2022 iaitu Ikon Belia Karismatik, Ikon Belia Kelestarian Alam, Ikon Belia Reka Tekno, Ikon Belia Influencer (Media Sosial), Ikon Belia Sanjungan Budi, Ikon Youth-Biz dan Ikon Belia OKU,” katanya yang disiarkan secara langsung hari ini.
Malah jelasnya lagi bermula pada tahun ini, Anugerah Perdana Belia Negara akan dilaksanakan dalam majlis khusus yang penuh gemilang dan penggunaan logo tetap sambutan Hari Belia Negara, sebagai komitmen kerajaan mengiktiraf pelaksanaan program yang meraikan golongan belia negara.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#media sosial
#KBS
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan