awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun

Bernama
Bernama
10/01/2025
05:10 MYT
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Anwar dan Ishiba hadir ke Majlis Makan Tengah Hari di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini. Turut sama, isteri kedua-dua Perdana Menteri, Wan Azizah dan Yoshiko. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan rakan sejawatannya dari Jepun Shigeru Ishiba di Seri Perdana di sini.
Ishiba, isterinya Yoshiko dan delegasi delegasi Jepun yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari, disambut oleh Anwar di kediaman rasmi Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Terdahulu, Ishiba menerima sambutan rasmi di Perdana Putra, diikuti dengan pertemuan dengan Perdana Menteri.
Hubungan Malaysia dengan Jepun telah bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Jepun merupakan rakan ekonomi utama bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang melibatkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024.
Projek-projek ini mewakili pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion) dan telah mewujudkan 344,996 peluang pekerjaan.
Jepun adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM156.75 bilion (US$34.41 bilion) pada tahun 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Shigeru Ishiba
#lawatan rasmi
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan